KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Latihan Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Kursus Komando TUDM Siri 32/2025.
Baginda bukan sahaja menghadiri majlis pembukaan tersebut, malah turut berkenan menyertai sendiri latihan bersama Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Kursus Komando TUDM yang dijadualkan berlangsung selama tiga bulan, bermula Selasa hingga akhir Oktober ini.