Sabah tidak dipinggirkan dalam rundingan Laut Sulawesi - Timbalan Menteri Luar

Iklan
Mohamad Alamin bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan kerajaan Sabah dalam rundingan serta perbincangan berkaitan isu persempadanan maritim antara Malaysia dan Indonesia, khususnya melibatkan kawasan di Laut Sulawesi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menegaskan, pendirian dan pandangan kerajaan Sabah sentiasa diambil kira dalam setiap keputusan, demi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan serta kepentingan Malaysia terus terpelihara.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, wakil kerajaan Sabah turut dilibatkan dalam mesyuarat serta rundingan teknikal berkaitan persempadanan maritim Malaysia–Indonesia.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan semua pemegang taruh berkaitan isu persempadanan maritim Malaysia.

Iklan

“Usaha ini dilakukan secara menyeluruh menggunakan pendekatan ‘whole of government’ dan komitmen penuh dalam rundingan dengan negara jiran untuk mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN–Kinabatangan) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk melibatkan Kerajaan Negeri Sabah dalam rundingan isu 'Ambalat', bagi memastikan kepentingan negeri dipelihara dan rakyat Sabah dapat menikmati peluang ekonomi.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan bahawa istilah ‘Ambalat’ adalah istilah yang digunakan oleh Indonesia, dan merujuk kepada kawasan yang sebahagiannya meliputi Laut Sulawesi termasuk Blok ND6 dan ND7.

Sebaliknya, katanya, Malaysia berpandangan bahawa Blok ND6 dan ND7 adalah sebahagian daripada kawasan kedaulatan dan hak kedaulatan Malaysia, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002.

“Justeru, rujukan yang lebih tepat selaras dengan pendirian Malaysia adalah Laut Sulawesi dan bukannya Ambalat,” tegas beliau.

Beliau menambah, sebarang cadangan penyelesaian termasuk kerjasama ekonomi akan dinilai secara terperinci demi manfaat bersama Malaysia dan Indonesia.