Siti Saleha umum hamil anak pertama

Iklan
Sally dan Joshua mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

SELEPAS memilih untuk tidak mengesahkan sebarang spekulasi, pelakon jelita, Siti Saleha akhirnya mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Perkongsian istimewa itu dibuat menerusi satu hantaran video di Instagram yang memaparkan detik imbasan kandungan berlatarbelakangkan suasana indah di Bali, Indonesia, disertai kapsyen bersahaja:

Iklan
Iklan

"Josh makan terlalu banyak dan perut dia pun nampak buncit sangat. Jadi saya pun rasa nak ‘padankan’ perut dia dengan perut saya," tulisnya ringkas.

Hantaran tersebut mencuri perhatian ramai dan dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta para peminat yang gembira menerima khabar tersebut.

Iklan

Terdahulu pada 24 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan pelakon berusia 35 tahun itu menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita berkaitan kehamilan, namun dalam masa sama tidak menolak bahawa projek siri Bad Cop menjadi karya terakhirnya sebelum berehat panjang.

Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Joshua Fitton, pada Februari lalu.

Iklan