Jumpa rangka manusia ketika cari cendawan

Iklan
Rangka wanita yang ditemui penduduk ketika sedang mencari cendawan dalam hutan. Foto Thaiger dan MGR Online

UDON THANI, THAILAND - Satu rangka manusia dipercayai milik seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an dengan ketinggian kira-kira 160 sentimeter (cm) ditemukan penduduk ketika sedang mencari cendawan di dalam hutan.

Memetik laporan Thaiger, penemuan itu berlaku pada 28 Julai lalu di kawasan hutan berhampiran komuniti Ban Dong Keng, di sini.

Iklan
Iklan

Menurut agensi berkenaan, rangka tersebut ditemui lengkap dengan kemeja-T yang tertera nama jenama alkohol serta seluar jeans biru tua.

Turut ditemukan di lokasi kejadian ialah sebuah beg kulit putih dan sebilah pisau berkarat. Bagaimanapun, pakaian dalam mangsa didapati hilang.

Iklan

Polis Thailand mengesyaki wanita itu mungkin telah dirogol dan dibunuh, disembunyikan kematiannya atau menjadi mangsa penderaan.

Rangka berkenaan telah dihantar ke Hospital Udon Thani untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian secara terperinci.

Iklan

Penduduk setempat, Lay, 60, memaklumkan beliau pernah melalui kawasan tersebut sebelum ini namun tidak melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau individu tidak dikenali masuk ke kawasan kampung berkenaan.