Kerajaan sedia khidmat peneman warga emas hidup sendirian - Noraini

Iklan
Noraini

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembanguhan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan program khidmat bantu di rumah bagi memberi sokongan sosial kepada warga emas yang hidup bersendirian.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, program dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan pendekatan komuniti untuk membantu golongan tersebut menjalani kehidupan seharian.

Iklan
Iklan

"Kita adakan sukarelawan untuk bantu warga emas di rumah, datang secara berkala dan jadi peneman, siapkan makanan serta bantu kemas rumah.

"Sekiranya warga emas boleh hidup bersendirian, baru kita galakkan sertai komuniti dan institusi.

Iklan

"Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) turut disediakan bagi membawa membawa warga emas ke hospital untuk menjalani rawatan kesihatan," katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai bantuan kepada komuniti warga emas yang hidup bersendirian.

Iklan

Sementara itu menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak), Noraini memaklumkan, KPWKM mengambil langkah penting memperkenalkan perundangan baharu yang lebih menyeluruh dan sistematik melalui penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas.

Menuruutnya, RUU berkenaan berteraskan hak asasi manusia dan bersifat holistik bagi memastikan warga emas tidak hanya dipelihara dari segi kebajikan seharian, tetapi diberi hak setara dalam struktur perundangan negara.

"Langkah dan usaha KPWKM bagi mewujudkan satu perundangan khusus untuk warga emas dapat memberi perlindungan kepada golongan ini secara menyeluruh dan berkesan selari perubahan struktur demografi negara," ujarnya.