[VIDEO] Dua pegawai kanan, pesara polis direman tujuh hari

Iklan

TEMERLOH - Dua pegawai kanan polis negeri dan seorang pesara polis direman selama tujuh hari bermula Selasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 sebagai balasan untuk tidak mengganggu serta melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di sekitar Pahang.

Perintah reman sehingga Isnin depan dikeluarkan oleh Majistret Tan Chiew King selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ketiga-tiga suspek terdiri dua pegawai kanan dan pesara polis direman tujuh hari bermula Selasa sehingga 4 Ogos depan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an telah ditahan kira-kira jam 8.30 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Temerloh.

Iklan

"Siasatan awal yang dilakukan telah menahan empat suspek dan mendapati kesemuanya disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2022 hingga 2024.

"Salah seorang suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan antara RM4,000 hingga RM5,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya, yang kemudiannya diagihkan kepada tiga lagi suspek ke akaun bank peribadi masing-masing,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Beliau turut memaklumkan bahawa seorang lagi suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.