Dua tekong ditahan cuba seludup PATI

Iklan
PGA berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia selepas menahan dua tekong bersama PATI.

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia selepas menahan dua tekong bersama sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan berasingan di Pasir Mas dan Rantau Panjang pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan pertama dilakukan pada jam 1.20 pagi di sebuah rumah di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.

Iklan
Iklan

"Ketika serbuan, seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai tekong bertindak melarikan diri namun berjaya diberkas.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah terbabit menemukan dua lelaki dan dua wanita warganegara Myanmar.

Iklan

"Mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, pihaknya turut menemui 14 biji pil yaba di dalam kotak rokok milik tekong terbabit.

Iklan

Ujarnya, tangkapan kedua dilakukan pada jam 3 petang di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang apabila anggota PGA menahan sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga disyaki tekong.

Nik Ros Azhan memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua wanita dan tiga lelaki warga Myanmar di dalam kenderaan itu dimana mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua mereka ditahan bawah Seksyen 26 (J) Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Semua PATI dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya," katanya.