EDINBURGH - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi bayangan bahawa tarikh akhir terbaharu beliau untuk Presiden Rusia, Vladimir Putin menyertai meja rundingan berhubung serangan ke atas Ukraine adalah antara 10 hingga 12 hari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden AS itu sebelum ini mengumumkan bahawa beliau akan memajukan satu tarikh akhir untuk Rusia bersetuju melaksanakan gencatan senjata dengan Ukraine, ketika beliau bertemu Perdana Menteri Britain Keir Starmer di Scotland.