AS-EU capai perjanjian perdagangan terbesar, setuju tarif 15 peratus

Iklan
Trump (kanan) bersalaman dengan Von der Leyen selepas mencapai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan AS-EU. - Foto: AFP

TURNBERRY - Amerika Syarikat (AS) akhirnya mencapai perjanjian perdagangan terbesar bersama Kesatuan Eropah (EU) bagi mengatasi perang tarif yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Donald Trumop.

Pengumuman tentang kesepakatan untuk mengenakan kadar tarif sebanyak 15 peratus dibuat Trump bersama Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen di sebuah kelab golf mewah di barat Scotland pada Ahad.

Iklan
Iklan

Trump mengalu-alukan perjanjian itu yang bakal menyaksikan pelaburan blok tersebut di Washington berjumlah AS$600 bilion (RM2.53 trilion) selain meningkatkan pembelian bekalan tenaga dan peralatan tentera AS.

Difahamkan, kontrak itu yang akan memperluaskan hubungan antara kuasa transatlantik mengatasi perjanjian bernilai AS$550 bilion (RM2.32 trilion) yang dimeterai bersama Jepun pada minggu lalu.

Iklan

Von der Leyen menyifatkan ia sebagai perjanjian 'rangka kerja' dan butirannya masih perlu diselesaikan untuk tempoh beberapa minggu akan datang.

Brussels dan Washington juga bersetuju pengecualian levi bilateral untuk barangan utama termasuk pesawat, bahan kimia dan produk pertanian tertentu serta peralatan semikonduktor dan bahan mentah kritikal.

Iklan

Perjanjian perdagangan itu bagaimanapun perlu mendapat kelulusan anggota blok EU selepas sejumlah negara menzahirkan ketidakpuasan hati kerana Trump berjaya menggunakan taktik manipulasi. - AFP