Lelaki maut motosikal terbabas langgar besi pengadang jalan

Iklan
Keadaan motosikal Yamaha R15 yang terbabas hingga meragut nyawa penunggang di Kilometer 217.4 LPT1di sini pada Isnin.

KUANTAN-Perjalanan seorang lelaki dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Kilometer 217.4 Lebuhraya Pantai Timur 1(LPT1) di sini pada Isnin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Lee Jun Jin, 20, beralamat di Klang, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R15 dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan di lokasi kejadian.

Menurutnya, akibat kejadian mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya.

Mohd Adli berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pemeriksaan ke atas motosikal oleh pihak PUSPAKOM.

Iklan

"Usaha turut dijalankan untuk mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna lain.

Ujarnya, sebarang maklumat berkaitan insiden itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat di talian rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan 09-5652222.