Anwar perlu perjelas kenapa harta Tun Daim dirampas - Tun M
Iklan
Dr Mahathir
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diseru memberikan penjelasan secara terbuka berhubung dakwaan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin sehingga membawa kepada tindakan perampasan aset miliknya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pihak yang mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman adalah institusi kehakiman dan ia hanya boleh dilakukan selepas seseorang individu melalui proses perbicaraan yang sah di mahkamah.
Iklan
Iklan
Tambah beliau, seorang Perdana Menteri tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana individu yang dituduh melakukan kesalahan.
“Kalau (dakwaan itu) hanya diragui oleh Perdana Menteri, (tindakan) merampas harta tidak boleh berlaku. Itu salah dari segi undang-undang.
Iklan
“Rampasan itu sama dengan mencuri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.
Dr Mahathir berkata, walaupun nama Allahyarham Tun Daim tidak disebut secara langsung, namun umum mengetahui bahawa harta yang dirampas itu adalah milik beliau.
Iklan
“Tun Daim sudah tiada, berikutan itu beliau tidak dapat mempertahankan diri.
“Oleh kerana itu, kerajaan Anwar dapat menuduh (Daim) dengan selamat,” katanya.
Dr Mahathir turut menyatakan keyakinannya bahawa Allahyarham Daim telah memiliki kekayaan sebelum menyertai kerajaan sebagai menteri.
“Semasa menjadi menteri, beliau dalam proses menyerahkan perniagaannya kepada pihak lain.
“Selepas tidak lagi menjadi menteri, beliau kembali aktif dalam bidang perniagaan di luar negara. Tidak pula ada skandal di negara tempat beliau bergiat,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang ingin membawa pulang aset milik Allahyarham dari luar negara atas alasan untuk kepentingan rakyat.
“Undang-undang apa yang memberi hak kepada kerajaan Malaysia untuk merampas harta rakyat Malaysia di luar negara, untuk apa tujuan sekalipun?
“Sebaliknya, yang kita lihat sekarang ialah bagaimana kroni Anwar mendapat kontrak kerajaan bernilai berbilion ringgit.
“Ada pula orang yang sedang dituduh seleweng wang kerajaan, tiba-tiba ditarik balik tuduhan. Kalau ini bukan rasuah, apakah makna sebenar rasuah?” soalnya.
Dr Mahathir juga mengkritik pelantikan anak Perdana Menteri ke jawatan tertentu tanpa melalui proses biasa.
“Sudah-sudahlah mendabik dada sebagai pejuang rasuah. Awak sendiri merestui rasuah, nepotisme dan kronisme,” katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.