Lelaki maut dirempuh kereta beberapa meter dari rumah
Iklan
Kesan rempuhan pada kereta Volkswagen dipandu lelaki berusia 25 tahun.
JEMPOL – Seorang lelaki maut hanya beberapa meter dari rumahnya selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 6, Jalan Bahau–Juasseh, awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Hidayatullah Mohamad, 36, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai makan yang terletak di seberang jalan, tidak jauh dari kediamannya.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa keluar dari simpang kiri jalan ketika sebuah kereta Volkswagen yang dipandu lelaki berusia 25 tahun datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bahau.
“Setiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang sedang bergerak terus sebelum secara tiba-tiba motosikal mangsa keluar dari simpang.
Iklan
“Pemandu kereta cuba mengelak ke kanan tetapi tidak sempat dan melanggar motosikal mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.10 pagi semasa menerima rawatan.
Iklan
Sementara itu, pemandu kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau berbahaya.
Polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal di talian 016-3627746.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB Negeri Sembilan sahkan tarik balik surat makluman pelucutan takhta Tuanku Muhriz"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan surat tular berhubung keputusan beliau bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang telah dibatalkan pelantikannya untuk menarik balik surat persembahan maklum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan pelucutan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau berharap, keputusan itu dapat membantu menyelesaikan krisis yang sedang berlaku di negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804563/edisi/melaka-ns/mb-negeri-sembilan-sahkan-tarik-balik-surat-makluman-pelucutan-takhta-tuanku-muhriz
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #MenteriBesar #NegeriSembilan #TuankuMuhriz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-14T08:01:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gvduA1g-1M12GPlQ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P45S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwipl6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwipl6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwipl6"></script>