ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 18 lagi cedera apabila sebuah bas terbalik di sebuah lebuh raya di wilayah timur Punjab, Pakistan awal pagi Ahad, menurut pegawai, lapor Xinhua.
Nahas berlaku apabila sebuah tayar bas yang dalam perjalanan dari Islamabad ke Lahore, membawa 40 penumpang, meletup sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan, kata Ketua Pegawai Penerangan Awam Rescue 1122 Deeba Shahnaz, kepada Xinhua.