Cikgu Nurul Najla dinobat 'superwoman'

Iklan
Nurul Najla Ya menerima hadiah berupa wang tunai selepas dinobatkan superwomen dalam pertandingan 'Who Wants To Be A Superwoman' di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025.

SHAH ALAM – Seorang guru muda dinobatkan sebagai pemenang pertandingan 'Who Wants To Be A Superwoman' di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 selepas berjaya menjawab pelbagai soalan menguji minda yang mencabar kebolehan intelektual.

Nurul Najla Ya, 29, berkata, permainan tersebut menampilkan kira-kira 10 soalan yang agak mencabar dan ‘out of the box’ sekali gus memerlukan peserta berfikir secara mendalam dan holistik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, soalan-soalan itu memerlukan jawapan menyeluruh berkaitan dengan pelbagai aspek termasuk pengetahuan am, agama dan kesihatan.

“Saya ada sedikit perasaan gementar ketika menjadi peserta, tetapi pengalaman itu sangat berharga dan memberi peluang kepada saya untuk berfikir secara cepat serta tepat.

Iklan

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat membawa pulang kemenangan ini.

"Program sebegini menjadi tarikan buat wanita di luar sana agar lebih berani mencuba sesuatu yang baru. Selain bersuka ria pengunjung juga dapat menambah ilmu pengetahuan," katanya.

Iklan

Program 'Who Wants To Be A Superwoman' adalah satu pertandingan unik yang diadakan dalam Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 bertujuan untuk mengangkat semangat dan kekuatan wanita melalui cabaran intelektual dan fizikal.

Tambah Nurul Najla, pertandingan ini bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi membuka minda peserta untuk berfikiran luas.

Beliau berpendapat, wanita masa kini perlu berfikiran terbuka dan berani menimba ilmu tanpa batasan.

“Ilmu itu luas dan tiada sempadan untuk diterokai. Tuntutlah ilmu sampai ke mana sahaja, bahkan ke negara China.

“Kemenangan ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada saya, tetapi juga kepada wanita lain bahawa kita mampu menjadi ‘Superwoman’ dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Dengan ilmu, keberanian dan ketabahan, wanita boleh capai apa sahaja yang mereka impikan,” ujarnya.