KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
Menterinya, Fadhlina Sidek menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkait kes berkenaan yang masih dalam siasatan polis.