Penuntut IPTS temui ajal dalam perjalanan pulang ke rumah

Iklan
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat

SEREMBAN - Seorang penuntut istitusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu melanggar sebuah kenderaan tidak pasti di Kilometer 246.4 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Johor untuk pulang ke rumahnya di Seremban.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa dari arah Johor hendak menghala ke Nilai dengan menunggang di lorong perlahan.

Pegawai penyiasat melakukan siasatan di lokasi kejadian

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan tidak pasti di hadapannya, namun telah terlanggar bahagian belakang sebelah kiri kenderaan tersebut.

Iklan

"Akibatnya motosikal mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi besi sebelah kiri lebuh raya dan terjatuh di kawasan lorong kecemasan," katanya dalam pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa alami cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

Tambahnya, mayatnya telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Rembau dan bedah siasat telah dilakukan pada jam 10.30 pagi.