Chalet musnah terbakar

Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah chalet berdekatan Pantai Irama di Bachok. FOTO Ihsan bomba

BACHOK – Sebuah chalet musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Belongan berhampiran Pantai Irama di sini pada awal pagi Jumaat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 3.42 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok digerakkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi tujuh minit kemudian, didapati sebuah rumah separuh kekal yang dijadikan chalet terbakar hampir keseluruhan.

“Kebakaran sebanyak 90 peratus melibatkan bangunan Armada Chalet yang berstruktur kayu dan berkeluasan kira-kira 223 meter persegi.

Iklan

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.23 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau memberitahu, tiada mangsa dilaporkan terlibat memandangkan premis berkenaan tidak berpenghuni ketika insiden berlaku.

Iklan

Operasi turut dibantu anggota dari BBP Pengkalan Chepa membabitkan kekuatan 17 anggota termasuk seorang Pegawai Bomba Gred Kanan dan dua jentera Jentera Bomba dan Penyelamat, jentera tangki serta unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRAS).

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian,” katanya.