Inisiatif Sejahtera Madani perlu ada tindakan susulan menyeluruh
Iklan
Anwar meluncurkan Sejahtera Madani di Kompleks Seri Perdana pada Khamis. Turut sama, Ahmad Zahid dan Shamsul Azri. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Madani (Sejahtera Madani) adalah agenda nasional untuk membasmi kemiskinan bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, inisiatif itu satu perkembangan positif, namun perlu memastikan adanya tindakan susulan menyeluruh supaya hasilnya dapat dinikmati secara berterusan oleh golongan yang memerlukan.
Iklan
Iklan
"Seperti yang sering disebut, kita tidak boleh hanya memberi ikan, tetapi mesti memberi kail supaya rakyat mampu mencari ikan sendiri.
"Dengan erti kata lain, program itu mesti bersifat jangka panjang dan disertai pemantauan bersama oleh sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan-badan lain. Ini satu pendekatan yang baik," katanya kepada pemberita.
Iklan
Terdahulu, beliau menghadiri majlis pelancaran inisiatif Sejahtera Madani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid berkata, jumlah keseluruhan kutipan Tabung Sejahtera Madani hampir RM120 juta itu bukan sahaja meliputi bantuan dalam bentuk kewangan, tetapi juga dalam bentuk barangan, perkhidmatan serta latihan.
Iklan
Beliau berkata, inisiatif itu satu usaha baik yang dikoordinasikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Sejahtera Madani ialah inisiatif nasional bagi membantu isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (Sistem eKasih).
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai bentuk intervensi bantuan merentas kementerian, agensi dan pihak swasta bagi membasmi kemiskinan secara berfokus serta bersepadu. 
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Sejahtera Madani ialah satu inisiatif nasional yang dirangka khusus untuk membantu isi rumah miskin dan miskin tegar.
Beliau berkata, program seperti itu selaras dengan Teras Kelima Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, iaitu memperkukuh sinergi antara sektor awam dan swasta khususnya melibatkan badan korporat termasuk GLC, GLIC,  Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) serta badan berkanun.
"Rantaian pelaksanaan program sebegini perlu terus diperkasakan sejajar dengan pendekatan Whole-of-Nation (keseluruhan kerajaan) yang menekankan semangat kebersamaan dan kemuafakatan selari dengan prinsip ihsan yang menjadi tunjang kepada nilai-nilai Madani," katanya.
Beliau turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan strategik kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>