Aksi lelaki curi duit tabung masjid dirakam CCTV

Iklan
Perbuatan seorang lelaki mencuri wang dari tabung Masjid Kampung Contoh, Batu 22 yang dirakam CCTV, tular di media sosial.

KLUANG – Perbuatan seorang lelaki mencuri wang tabung Masjid Kampung Contoh, Batu 22 di sini berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan dan video itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara jam 2.30 hingga 3 pagi pada 13 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian disedari pengerusi masjid berkenaan selepas beliau meneliti rakaman CCTV sejurus selesai menunaikan solat Subuh.

Polis sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Iklan

"Berdasarkan rakaman CCTV, terdapat seorang lelaki tidak dikenali cuba mengambil wang dalam masjid menggunakan objek yang dimasukkan ke dalam lubang tabung masjid.

"Terdapat tiga tabung di luar kawasan solat dan siasatan awal mendapati tiada kesan pecah atau dikopak pada tabung masjid," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dengan niat untuk melakukan jenayah.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 34 saat yang memaparkan seorang lelaki berada di perkarangan masjid cuba mencuri wang dari tabung masjid tular di media sosial.