Ketua jabatan daerah ditahan buat tuntutan palsu RM45,000

Iklan
Wanita berusia 40-an itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak bagi membantu siasatan pada Selasa lepas.

IPOH - Seorang Ketua Jabatan Daerah di Perak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam kes tuntutan palsu membabitkan wang berjumlah RM45,000.

Wanita berusia 40-an itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak bagi membantu siasatan kira-kira jam 6.30 petang pada Selasa lepas.

Iklan
Iklan

Sinar Harian dimaklumkan, turut ditahan seorang pegawai lelaki di bawah seliaannya kerana bersubahat dalam tuntutan palsu berkenaan.

Penahanan ke atas lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibuat sekitar jam 5 petang di lokasi sama pada Rabu.

Iklan

Kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes tuntutan palsu bagi program latihan yang dikendalikan oleh jabatan mereka.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Iklan

Beliau mengingatkan semua pihak khususnya ketua-ketua jabatan supaya memperkukuhkan sistem dan prosedur dalaman termasuk aspek tatakelola kewangan.

"Ini bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa dalam pengurusan organisasi," katanya.