Suami isteri ditemui rentung dalam bilik air

Iklan
Rumah yang didiami pasangan suami isteri musnah sepenuhnya sebelum mayat mereka ditemui rentung di Kampung Sangkir, Kota Belud.

KOTA BELUD - Pasangan suami isteri ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sangkir, di sini pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, lelaki dan wanita yang belum diketahui identiti masing-masing berusia 47 tahun ditemui di dalam bilik air.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgi Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.52 pagi.

Katanya, seramai 12 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 12.2 kilometer dari BBP Kota Belud.

Iklan

Pasangan suami isteri ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sangkir, di sini pada awal pagi Khamis.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal yang musnah sepenuhnya bersama sebuah kenderaan jenis Proton Saga.

Iklan

"Hasil pemeriksaan, terdapat dua mangsa ditemui rentung di bilik air," katanya dalam kenyataan.

Elgi berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi memadamkan kebakaran ditamatkan pada jam 4.55 pagi selepas tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian," katanya.