Agong nasihat rakyat berwaspada susulan cuaca kering, risiko kebakaran dan jerebu
Iklan
Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada susulan keadaan cuaca kering ketika ini yang boleh meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu.
Seri Paduka Baginda bertitah, keadaan itu juga menjejaskan kesihatan khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap masalah pernafasan.
Iklan
Iklan
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri serta memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa. Ini kerana keadaan cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat,” titah Seri Paduka Baginda menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Ibrahim turut menitahkan agar pihak berkuasa mempertingkatkan rondaan dan pemantauan terhadap sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara negara.
Iklan
Negara ketika ini dilanda jerebu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka susulan beberapa titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia seperti dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar pada Khamis dilapor berkata, sebanyak 66 daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana setakat jam 9 pagi tadi.
Iklan
Beliau berkata, dua lagi stesen mencatatkan bacaan kualiti udara pada tahap baik. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>