Selebriti dakwa difitnah di media sosial: Polis tunggu laporan SKMM

Iklan
Mohamed Usuf

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial berhubung kes dakwaan fitnah dan provokatif terhadap seorang selebriti lelaki terkenal.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya telah merakam percakapan pengadu.

Iklan
Iklan

"Beberapa lagi keterangan saksi akan diambil minggu ini.

"Pihak polis masih menunggu laporan SKMM untuk mengenal pasti pemilik akaun yang digunakan oleh suspek dalam kes terbabit," katanya pada Rabu.

Iklan

Isnin lalu, media tempatan melaporkan polis menerima laporan dibuat artis lelaki terbabit pada 18 Julai lalu.

Laporan polis itu dibuat susulan selebriti terbabit tidak berpuas hati dengan hantaran yang dibuat pemilik akaun aplikasi Thread didakwa mengandungi unsur fitnah, provokasi dan hasutan yang disebarkan secara umum sehingga boleh menjatuhkan imej dan reputasi pengadu.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.