Terpedaya pulangan lumayan, penyelia stor rugi RM624,617

Iklan
Mangsa membuat 31 transaksi ke 10 akaun syarikat berbeza bermula 18 Februari hingga 24 April lalu. Gambar hiasan.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun mengalami kerugian sebanyak RM624,617 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi dikenali sebagai XGI Horizon.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa yang bekerja sebagai penyelia stor membuat laporan polis pada 21 Julai lalu selepas menyedari dirinya ditipu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan satu iklan pelaburan dengan pulangan tinggi yang dibaca menerusi Facebook pada awal Februari lalu.

“Mangsa kemudian berhubung dengan seorang suspek lelaki melalui aplikasi WhatsApp sebelum diminta memuat turun aplikasi XGI Horizon dan mendaftar sebagai ahli.

Iklan

“Suspek menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat bagi setiap jumlah pelaburan yang dimasukkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Alwi berkata, mangsa membuat 31 transaksi ke 10 akaun syarikat berbeza bermula 18 Februari hingga 24 April lalu.

Iklan

“Mangsa mula mengesyaki sesuatu apabila gagal membuat pengeluaran keuntungan daripada aplikasi tersebut dan diminta pula membuat bayaran tambahan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur dalam mana-mana skim pelaburan, khususnya yang dipromosikan secara dalam talian.

"Pengetahuan dan sikap berwaspada adalah senjata utama dalam menangkis jenayah komersial yang semakin berleluasa ketika ini," ujarnya lagi.