ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 221 orang terkorban dan 592 lagi cedera di seluruh Pakistan selepas hujan monsun lebat mencetuskan banjir kilat dan insiden berkaitan hujan sejak akhir Jun, menurut pihak berkuasa pengurusan bencana negara itu, lapor Xinhua.
Dalam laporan situasi terkininya pada Isnin, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) memaklumkan angka korban dicatatkan antara 26 Jun hingga 21 Julai, dengan lima kematian dan 10 kecederaan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.