Lemas dalam kolam renang: Ahmad Firdaus Iqbal pergi jua
Iklan
Tangkap layar status yang dimuat naik sekolah kanak-kanak lelaki itu.
MELAKA - Kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang bertarung nyawa di Hospital Melaka selepas lemas di kolam renang sebuah kondominium pada Ahad lalu disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Perkara itu dimaklumkan bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, selepas mengesahkan tular poster yang dimuat naik Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3 Johor mengenai pemergian anaknya itu, Ahmad Firdaus Iqbal, tujuh tahun.
Iklan
Iklan
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu telah diserahkan pada waris pada jam 12.05 tengah hari untuk proses pengebumian.
"Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Sinar Harian pada Ahad melaporkan percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>