Pelajar di luar negara diharap kembali bangunkan Sabah - Hajiji

Iklan
Hajiji bersama pelajar yang menerima anugerah pada Majlis Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Sabah di SICC, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di luar negara diharap agar kembali dan berkhidmat menyumbang tenaga untuk pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kepulangan pelajar yang mengikuti kursus dan bidang yang relevan dengan keperluan semasa di Sabah bukan sahaja mampu meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan, malah memberi kelebihan kepada negeri dari segi pembangunan pelbagai sektor.

Iklan
Iklan

"Jika mereka mengambil bidang atau kursus yang relevan dengan perkembangan semasa, ia akan memberi peluang kepada mereka untuk lebih mudah mendapat pekerjaan.

"Kita mahu mereka balik ke Sabah untuk berkhidmat kepada negeri dan masyarakat.

Iklan

"Banyak sektor yang boleh mereka ceburi, sama ada dalam kerajaan mahupun sektor swasta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.

Iklan