KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu video tular berdurasi 32 saat di media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan tawaran bantuan kewangan, menggunakan imej Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, video yang dimuat naik di akaun TikTok @DATUKZULKARNAIN77 itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).