Kanak-kanak nyaris lemas di kolam renang belum sedarkan diri - Polis
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana pada Ahad. (Gambar kecil: Christopher Patit)
MELAKA  - Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dirawat di Hospital Melaka selepas hampir lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana, pada Ahad kini berada dalam keadaan tidak stabil.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang berasal dari Masai, Johor masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) hospital terbabit.
Iklan
Iklan
"Kira-kira 11.20 pagi semalam, polis menerima panggilan memaklumkan seorang kanak-kanak nyaris lemas di kolam renang di pangsapuri itu.
"Apabila tiba di tempat kejadian, pengawal keselamatan memaklumkan mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu datang ke kolam renang berkenaan pada 9.30 pagi bersama keluarganya sebelum warisnya mendapati kanak-kanak itu tiada di kolam berkenaan.
"Waris mangsa kemudian mencarinya di sekitar kolam renang terbabit dan mendapati beberapa orang awam telah mengeluarkan mangsa dari kolam itu, seterusnya dibawa ke Hospital Melaka,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>