PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup lembu apabila menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Utama Banggol Setol di sini pada Ahad.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan terhadap lori terbabit yang dilakukan sekitar jam 12.15 tengah malam menerusi Op Taring Kandang membawa kepada penemuan 10 ekor lembu di bahagian belakang kenderaan berkenaan.