‘Gou Li Hao Xi’ bawa misi kesedaran mental ke pentas muzikal

Iklan
Antara barisan pelakon dan produksi yang bakal menggegarkan pentas Petaling Jaya Performing Arts Centre, Selangor pada 26 hingga 28 September ini.

SHAH ALAM - Muzikal berskala besar, ‘Gou Li Hao Xi’ bakal dipentaskan buat julung kalinya pada 26 hingga 28 September ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Selangor.

Penerbit eksekutif, KK Wong berkata, produksi yang menghimpunkan barisan pelakon tersohor itu mengetengahkan isu kesedaran kesihatan mental dengan cara positif dan nilai kemanusiaan.

Iklan
Iklan

“Pada saat masyarakat semakin dibebani dengan keresahan dan keletihan emosi, kita memerlukan sebuah produksi yang bukan sahaja bermakna, tetapi mampu menghiburkan serta menyembuhkan.

“Persembahan ini meneroka tema kemurungan dan kesihatan emosi dengan cara yang ikhlas. Menerusi kekuatan ekspresif teater muzikal, kami berharap dapat mendekatkan penonton dengan lebih banyak kefahaman, empati dan harapan,” katanya.

Iklan

Sebagai tanda komitmen sosial, sebahagian daripada hasil jualan tiket tersebut akan disumbangkan kepada talian sokongan kesihatan mental peringkat kebangsaan, Life Line Association Malaysia.

Terry (kiri) bersama KK Wong (dua dari kiri) dan Ryon Lee (dua dari kanan) serta penerbit eksekutif, Lai Cheng sempena majlis pelancaran Gou Li Hao Xi baru-baru ini.

Iklan

Persembahan teater tersebut adalah projek baharu diarahkan KK Wong dan menampilkan penerbit yang juga pelakon, Terry Ong dan kemunculan semula pengarah selepas 15 tahun, Ryon Lee.

Muzik dikendalikan oleh pasangan terkenal, Jiahui Wu dan Chan Yi Yi yang menambahkan sentuhan segar kepada persembahan berkenaan.

Antara barisan pelakon seperti Cheryl Lee, Orange Tan, Rickman Chia, Loo Aye Keng, Remon Lim, Wayne Cai, Kopi Lim dan Reno Lee.

Selain itu, empat bintang baharu turut ditonjolkan seperti Richard Tan, Olio Tan, Andrew Lim dan JY Lim yang dipilih melalui uji bakat seluruh negara.