Puad Zarkashi syor Ketua Hakim Negara tidak boleh jadi Pengerusi JAC

Iklan
Mohd Puad Zarkashi

SHAH ALAM – Seorang pemimpin UMNO mengesyorkan Ketua Hakim Negara tidak boleh dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sekiranya benar-benar mahu pelantikan hakim bebas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, syor itu dikemukakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan Ketua Hakim Negara mengemukakan calon kroninya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, langkah terbabit adalah paling berkesan untuk memastikan perkara terbabit tidak berlaku.

"Atas faktor itu, cuba sebut negara mana Presiden atau Perdana Menteri tidak terlibat mencadangkan nama calon Ketua Hakim Negara.

Iklan

"Singapura? Bahkan di Malaysia, siapa pun nama yang dicadangkan akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja Raja Melayu," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, teka-teki mengenai siapa yang akan menjawab jawatan Ketua Hakim Negara terjawab apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.

Iklan

Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.