Remaja 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Iklan
Mangsa ditemukan di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

SEGAMAT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Segamat di belakang sebuah taman rekreasi di sini pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Penguasa Bomba Mohd Hazim Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan remaja itu pada 4.08 petang.

Iklan
Iklan

"Pasukan bomba membuat pencarian di sepanjang sungai menggunakan bot dan mangsa ditemukan di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Hazim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 11 anggota bomba ditamatkan pada 6.40 petang. - Bernama

 

Iklan