Sandiwara kehilangan, apabila kepentingan peribadi mengatasi akal waras

Iklan
Kereta mangsa ditemui di Sungai Kampung Tui, Bukit Kepong. Foto kanan: Tengku Nizaruddin

MISTERI kehilangan pempengaruh media sosial, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau lebih dikenali sebagai Ija, 38, yang sebelum ini menjadi bualan hangat, akhirnya terbongkar sebagai satu sandiwara demi kepentingan peribadi.

Hasil siasatan polis mendedahkan bahawa individu berpengaruh itu bukan sahaja menenggelamkan kereta milik isterinya ke dalam Sungai Tui, Lenga, Muar, malah bertindak melarikan diri ke negara jiran, seolah-olah tiada sebarang rasa bertanggungjawab terhadap kesan perbuatannya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan bahawa laporan kehilangan yang dibuat adik lelaki Ija pada 15 Julai lalu hanyalah helah untuk mengaburi pihak berkuasa.

Motif di sebalik tindakan ini jelas menggambarkan perancangan yang teliti satu lakonan yang cuba memanipulasi emosi masyarakat dan undang-undang demi kepentingan sendiri.

Iklan

Fenomena seperti ini bukan sekadar kes jenayah biasa tetapi memperlihatkan sisi gelap bagaimana populariti dan pengaruh di media sosial mampu mendorong seseorang sanggup merancang drama kehidupan sekali gus memanfaatkan simpati umum.

Ia juga menjadi cerminan betapa ‘persepsi’ sering dijadikan perisai untuk menutup tindakan yang melanggar undang-undang.

Iklan

Lebih membimbangkan, insiden ini menguji kewibawaan pihak berkuasa serta tahap empati masyarakat yang mudah terpedaya dengan naratif yang dibina.

Sikap sebegini, jika tidak ditangani boleh membuka ruang kepada lebih banyak ‘drama terancang’ demi perhatian atau keuntungan peribadi.

Persoalan kini, apakah hukuman setimpal mampu menjadi pengajaran agar tiada lagi individu berani mempermainkan emosi orang ramai demi tujuan peribadi?

Lebih penting, mampukah masyarakat menilai semula sejauh mana mereka harus meletakkan kepercayaan kepada setiap kisah ‘tragis’ yang tular di media sosial?