Bacaan IPU Port Dickson, Johan Setia semakin meningkat

Iklan
Port Dickson merekodkan bacaan IPU 153 manakala Johan Setia mencatatkan IPU 158.

SHAH ALAM - Port Dickson, Negeri Sembilan dan Johan Setia, Selangor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam pada Sabtu.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Port Dickson merekodkan bacaan IPU 153 manakala Johan Setia mencatatkan IPU 158.

Iklan
Iklan

Ia meningkat berbanding bacaan pada jam 3 petang yang mencatat IPU 124 di Port Dickson dan 109 di Johan Setia.

Sementara itu, 59 kawasan lain mencatatkan IPU tahap sederhana antaranya Banting, Selangor (99), Nilai, Negeri Sembilan (98), Cheras, Kuala Lumpur (89), Temerloh, Pahang (88), Seremban, Negeri Sembilan, (87), Kuala Terengganu, Terengganu (86), Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (84) dan Bukit Rambai, Melaka (83).

Iklan

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Iklan