WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didiagnos menghidap penyakit urat yang tidak berbahaya setelah timbul spekulasi mengenai tangannya yang lebam teruk dan kaki membengkak.
Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt pada Khamis memaklumkan tentang keadaan kesihatan Trump, 79, yang menjadi pemimpin tertua memegang jawatan di Rumah Putih.