Bayi baru 4 bulan tapi berat hampir 10kg

Iklan
Maci Mugele berkongsi rakaman video bersama anaknya, Gunner Matteyer menerusi platform TikTok baru-baru ini.

OKLAHOMA – Seorang ibu muda mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa bayinya kini seberat 9.97 kilogram (kg) ketika baru berusia empat bulan.

Menurut laporan The Sun UK pada Selasa, Maci Mugele, 21, berkongsi rakaman video bersama anaknya, Gunner Matteyer, menerusi platform TikTok baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut Maci, berat Gunner semasa lahir adalah 3.65 kg dengan ketinggian 49.53 sentimeter (sm), ketika dilahirkan pada 19 Februari lalu.

“Biarpun baru berumur empat bulan, Gunner kini seberat 9.97 kg dan tinggi 76.2 sm.

Iklan

“Gunner juga memakai pakaian kanak-kanak dan minum susu lebih banyak berbanding bayi lain seusianya.

“Bayi saya sihat. Doktor memberitahu bahawa dia hanya lebih besar daripada kebiasaan untuk usianya. Ketinggiannya juga membuatkan dia kelihatan lebih besar,” katanya.

Iklan

Rakaman video tersebut meraih lebih 20 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Bayi itu sihat. Itu sahaja yang penting,” komen salah seorang pengguna. - Agensi