Polis teliti CCTV jejak suspek pecah rumah di Kubang Kerian

Iklan
Polis sedang meneliti rakaman CCTV bagi mengesan suspek yang terlibat dalam dua kes pecah rumah di kawasan Kubang Kerian, di sini, yang tular menerusi media sosial. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek yang terlibat dalam dua kes pecah rumah di kawasan Kubang Kerian, di sini, yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 11 malam, Isnin lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kes pertama disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala kes kedua mengikut Seksyen 457/511 kanun sama.

"Sebuah rumah telah dipecah masuk manakala cubaan memecah masuk ke sebuah lagi rumah tidak berjaya,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, polis sedang mengambil keterangan daripada saksi berkaitan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, beberapa rakaman video dan gambar kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan tersebar menerusi media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. - Bernama

Iklan