[VIDEO] Program eHati bukan berunsur keagamaan - Polis

Iklan

SHAH ALAM - Program eHati yang dianjurkan September lalu di sebuah pusat konvensyen di sini bukan bersifat keagamaan sebaliknya motivasi umum.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, program ini bukannya berunsur agama kerana terdapat peserta dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati program ini lebih kepada motivasi umum dan tidak bersifat keagamaan, melibatkan peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

"Program eHati ini didakwa merupakan sebuah program motivasi yang bertujuan membantu peserta mencari kebahagiaan kembali," katanya.

Iklan

Datuk Hussein Omar Khan ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu. FOTO SINAR HARIAN - HALIM WAHID

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.

Iklan

Katanya, setakat ini semua individu yang mempunyai pengetahuan atau penglibatan dalam majlis ini akan dipanggil untuk siasatan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis telah menahan enam individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pengasas program dalam beberapa siri tangkapan dijalankan.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dilaporkan meminta Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat dakwaan aktiviti tidak bermoral yang berlaku semasa penganjuran program eHati di sebuah pusat konvensyen.