Lebih 60 jemaah tabligh Perlis dikuarantin

Iklan

KANGAR - Seramai 64 jemaah tabligh di negeri ini yang terlibat dengan perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu dikuarantin di Dewan Wawasan 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, mereka ditempatkan di dewan itu bagi tujuan pengawasan dan pemantauan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Iklan
Iklan

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, kawasan berkenaan dikawal ketat di bahagian pintu masuk dan individu tidak berkaitan tidak dibenarkan menghampiri kawasan pagar.

Dewan Wawasan 2020 yang menempatkan jemaah tabligh di Perlis untuk pengawasan dan pemantauan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Tinjauan wartawan sejak jam 8.30 pagi mendapati banyak kenderaan rasmi milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat keluar masuk ke kawasan itu.

Iklan

Sebaik melintasi pagar, mereka dilihat turun dari kenderaan dan terus memakai pakaian perlindungan dan topeng muka.

Menurut sumber, jumlah jemaah tabligh yang ditempatkan di kawasan berkenaan telah meningkat kepada 112 orang pada jam 10 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta himpunan tabligh diminta hubungi pejabat kesihatan

Peserta Ijtimak Tabligh digesa jalani pemeriksaan kesihatan: Dr Zulkifli

Iklan

Daripada jumlah berkenaan, masih belum dapat dipastikan sekiranya ada di antara mereka positif koronavirus (Covid-19).

Petugas kesihatan turut melakukan semburan pembersihan di kawasan perkarangan dewan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim yang dihubungi Sinar Harian enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak supaya tidak panik.