Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 13 penuntut IPT
Iklan
Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra bersama penerima biasiswa pada pengurniaan biasiswa Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 kepada 13 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Istana Negara di sini pada Rabu.
Daripada jumlah itu, 10 daripadanya merupakan penerima biasiswa bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala tiga di peringkat Sarjana (penyelidikan).
Iklan
Iklan
Dua penerima biasiswa PhD dalam jurusan Farmakologi dan Farmasi ialah Mohamad Fariz Haiqal Mohd Ruslan yang melanjutkan pengajian di King’s College London, United Kingdom dan Karen Low Ka Ling di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penerima biasiswa PhD lain ialah Muhammad Hamizan Zawawi (Biologi, Universiti Sains Malaysia), Muhamad Aiman Hakim Nor Khalid (Matematik dan Statistik, UKM), Sarah Dania Mohd Kahar (Undang-undang Komersial, Universiti Malaya (UM) dan Teoh Shu Jou (Pengurusan Data, UM).
Iklan
Ahmad Firdaus Ahmad Sukri (Bioteknologi, USM), Nurul Angelyn Zulhairy Liong (Genetic dan Heredity, UM), Nur Zakirah Jasni (Sains Veterinar, University of Melbourne, Australia) dan Nurfatima Azzahra Fadli (Biokimia, UKM).
Penerima BYDPA yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana pula ialah Fatini Nadiah Mohammad Zamzami (Biokimia, UKM), Tiew Siew Jin (Bioteknologi, UPM) dan Yugashini P Muhilan (Biomedical Materials, UKM).
Iklan
BYDPA merupakan biasiswa berprestij negara diperkenalkan pada 2006 bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam akademik serta aktiviti kokurikulum seperti terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau dalam penghasilan kerja mengandungi elemen kreatif dan inovatif.
Sehingga kini, sebanyak 20 sesi penawaran dilaksanakan merangkumi 225 penerima iaitu 117 orang di peringkat PhD dan 108 orang di peringkat Sarjana yang menerima penajaan pengajian dalam bidang Ekonomi, Undang-Undang, Sains dan Teknologi, Kewangan Islam serta Kecerdasan Buatan (AI).
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz ketika ditemui pemberita berkata JPA akan melaksanakan satu kajian impak terhadap program BYDPA yang pelaksanaannya sudah melebihi dua dekad.
"Ia telah melewati tempoh 20 tahun, dan kita merasakan perlu melihat dari segi keperluan semasa berkaitan dengan kaedah dan juga bidang-bidang yang ditawarkan kepada pelajar nanti,” katanya.
Wan Ahmad Dahlan turut menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda menyempurnakan Majlis Pengurniaan BYDPA 2025.
Sementara itu, Low berkata dia bersyukur dan menjungjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas penganugerahan biasiswa berprestij itu.
Low yang bertugas sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Melaka berazam untuk menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan sebelum kembali berkhidmat kepada negara.
Mohamad Fariz Haiqal pula menyifatkan biasiswa berkenaan sebagai satu nikmat besar dan bermakna dalam hidupnya dan rakan-rakan lain, sekali gus membuka peluang untuknya melanjutkan pengajian di peirngkat PhD di King's College, London.
"Semoga kami dapat menyelesaikan PhD dan juga Sarjana dengan jayanya dan menyumbang kepada negara kita, Malaysia," katanya. - Bernama
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.