Rempuh ibu sendiri hingga maut ketika percutian keluarga

Iklan
Seorang ahli keluarga cuba menenangkan Nawi yang menangis di sisi jasad ibunya. Foto Agensi

UDON THANI - Percutian sebuah keluarga berakhir tragedi selepas seorang wanita maut di tangan anaknya sendiri.

Kejadian itu berlaku ketika lelaki dikenali sebagai Nawi Songwannam, 47, menghantar ibunya ke kuil di wilayah Udon Thani, Thailand untuk memberi sedekah pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Nawi menurunkan mangsa, Pathum Songwannam, 75, di tepi jalan terlebih dahulu kerana keadaan kuil itu agak sesak pada masa itu. Dia kemudiannya membuat pusingan U untuk menunggu ibunya.

"Tetapi, dia tersilap menekan pedal minyak dan memecut laju lalu merempuh Pathum yang tidak sempat mengelak," lapor media tempatan.

Iklan

Nawi dilihat menangis seperti orang kerasukan di tepi jalan di sisi jasad ibunya.

"Ia satu kemalangan dan saya tidak sengaja. Saya mahu ibu saya bercuti dengan gembira, namun tidak menyangka ia berakhir sebegini," katanya dalam nada hiba.

Iklan

Susulan kejadian itu, Nawi telah berdepan dakwaan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian. - Agensi