TOKYO - Taufan Nari melintasi pantai Hokkaido pada Selasa, menjadikannya taufan pertama yang melanda pulau utama utara Jepun itu sejak 2016, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.
Taufan kelima tahun ini itu membadai kawasan berhampiran Tanjung Erimo di bahagian selatan Hokkaido kira-kira 2 pagi waktu tempatan, sekali gus mencatatkan kejadian pertama landaan taufan di Hokkaido pada Julai sejak rekod bermula pada 1951, menurut agensi cuaca itu.