Kecoh! Audio lucah tiba-tiba bergema di stadium

Iklan
Rakaman video tular memaparkan suara tidak senonoh kedengaran melalui sistem audio umum di kawasan GBK. - Foto Detik.com.

JAKARTA – Insiden memalukan melibatkan sistem pembesar suara di kawasan Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta yang mengeluarkan audio berunsur lucah telah mencetuskan kejutan dalam kalangan pengunjung dan tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak Pusat Pengelolaan Komplek Gelanggang Olahraga Bung Karno (PPKGBK) tampil memohon maaf atas kejadian yang berlaku sekitar petang Ahad lalu, 13 Julai 2025.

Iklan
Iklan

Rakaman video yang tular memaparkan suara tidak senonoh kedengaran melalui sistem audio umum yang lazimnya digunakan untuk memainkan muzik atau pengumuman kepada orang ramai di kawasan GBK.

Menurut Ketua Divisi Humas, Hukum dan Administrasi GBK, Asep Triyadi, hasil siasatan mendapati insiden tersebut berpunca daripada kelalaian petugas yang tidak memeriksa kandungan senarai main muzik secara menyeluruh dalam aplikasi muzik berbayar yang digunakan.

Iklan

“Sebaik sahaja 'playlist' rasmi tamat, sistem aplikasi secara automatik memainkan audio lain yang tidak sesuai untuk ruang awam kerana bukan berasal daripada senarai rasmi pihak GBK,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Asep, pihak pengurusan GBK kesal dan amat sedar bahawa stadium tersebut adalah kawasan awam yang dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak dan keluarga.

Iklan

Pihak pengurusan turut memberi jaminan bahawa mereka akan memperketat pemantauan demi memastikan GBK kekal sebagai ruang awam yang selamat, bersih dan sesuai untuk semua golongan masyarakat.- Agensi