[VIDEO] Annuar Musa dilantik Presiden Kelantan-TRW

Iklan

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) berkuatkuasa serta-merta.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Annuar semasa sidang akhbar rasmi pertama di bilik mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Annuar (tengah) dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) berkuatkuasa serta-merta.

"Sebenaranya saya diberikan tawaran ini pada minggu lepas. Jadi saya ambil masa sikit untuk lebih memahami masalah sedia ada dan mengambil kira landskap senario semasa bola sepak Kelantan pada masa ini.

Iklan

"Selepas mendengar taklimat berkaitan pasukan dan hasil perjumpaan pihak pengurusan, mengambil kira keperluan memulihkan semula pasukan Kelantan, saya bersetuju menerima tawaran tersebut," katanya.

Menurut beliau, tanggungjawab tersebut merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh Kelantan-TRW kepadanya.

Iklan

Ujarnya, tugas tersebut diterima dengan satu hasrat iaitu memastikan bola sepak Kelantan kembali kepada zaman kegemilangan yang pernah dicapai sebelum ini.

Annuar memberitahu, kedudukan bola sepak Kelantan ketika ini bukan pada tempatnya dan pasukan boleh kembali ke posisi lebih baik.

"Untuk peringkat awal, saya sasarkan Kelantan-TRW berada dalam 10 kelompok terbaik dan memberikan saingan kepada pasukan kuat di Liga Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut Annuar berkata, persiapan pasukan Kelantan-TRW ketika ini sudah mencapai 90 peratus.