KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd, NationGate Solution (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap.
"Pihak lembaga melihat dakwaan-dakwaan ini secara serius serta telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan SPRM mendapat kerjasama penuh dan untuk melindungi integriti penyiasatan.