Lahirkan bayi lelaki sihat selepas 17 jam disahkan hamil

Iklan
Wanita itu menjelaskan kedudukan plasenta di hadapan rahimnya menyebabkan kandungan itu tidak dapat dikesan lebih awal. Foto Agensi

SYDNEY - Seorang wanita mengalami 'tempoh kehamilan' singkat selama 17 jam sebelum melahirkan bayinya.

Charlotte Summers, 20, berkongsi pengalaman tersebut selepas dia disahkan berbadan dua dalam situasi jarang berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, fenomena itu berlaku apabila seseorang individu tidak menyedari diri mereka sedang mengandung hingga kandungan memasuki fasa akhir.

Sebelum kelahiran bayinya, Summers turut mengalami pertambahan berat badan dan saiz pakaian yang pada mulanya disangka kerana lemak tubuh.

Iklan

"Ketika pemeriksaan untuk masalah sensitiviti gluten pada awal Jun lalu, wanita itu diminta untuk melakukan ujian kehamilan.

"Keputusannya positif dan keluarga pasangan Summers kemudiannya bertindak mengatur pemeriksaan ultra bunyi. Dia terkejut selepas kandungannya disahkan berusia lebih 38 minggu dan dimaklumkan tentang masalah plasenta yang memerlukan proses induksi," lapor The Mirror.

Iklan

Tidak lama selepas Summers dimasukkan ke wad materniti, dia selamat melahirkan bayi lelaki selepas mengetahui tentang kehamilannya kira-kira 17 jam dan 21 minit.

Wanita itu menjelaskan kedudukan plasenta di hadapan rahimnya menyebabkan kandungan itu tidak dapat dikesan lebih awal.

Tambahnya, dia juga mengalami kitaran haid normal sepanjang kehamilan.

Beberapa pihak bagaimanapun mempersoalkan kebenaran kisah 'kehamilan tersembunyi' itu hingga menyebabkan Summers terpaksa berkongsi dokumen perubatan dari Queensland Health bagi mengesahkannya. - Agensi