Kekecohan yang sengaja dibuat-buat

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai isu lantikan hakim. (Gambar kecil: Mohamed Apandi)

MELUCUKAN —kalau tidak pun tragis—melihat segelintir ahli Parlimen, Majlis Peguam dan aktivis masyarakat sivil kini galak menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), menghantar petisyen kepada Perdana Menteri, menganjurkan perarakan dan forum awam hanya kerana kebimbangan bahawa Perdana Menteri mungkin akan membuat pelantikan hakim kanan tanpa semestinya mengikut cadangan nama-nama yang disyorkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Histeria ini berpunca daripada andaian semata-mata. Ia belum pun berlaku. Mengikut Seksyen 27 Akta JAC, Perdana Menteri berhak sepenuhnya untuk meminta dua lagi nama calon tambahan bagi mana-mana kekosongan kehakiman, termasuk jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan lain-lain. Undang-undang memberi ruang kepada budi bicara eksekutif dalam proses pelantikan tersebut.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.