'Kiky sudah tiada' - Najib

Iklan
Sumber gambar daripada hantaran Facebook Najib pada Isnin

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas pemergian kucing peliharaannya, Kiky pada Isnin.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran milik bekas Presiden UMNO di Facebook.

Iklan
Iklan

Najib berkata, Kiky merupakan haiwan peliharaan yang baik dan sering bermanja dengannya setiap masa.

Sumber gambar daripada hantaran Facebook Najib pada Isnin

Iklan

“Kiky sudah tidak ada. Terima kasih ALLAH aturkan Kiky dalam hidup saya selama ini.

“Sangat baik dan manja dia. Tiap-tiap hari dia tunggu balik dari kerja di depan pintu,” katanya pada Isnin.

Iklan