Mossad kongsi mesej rahsia?

Iklan
Mossad didakwa berulang kali menggunakan platform X untuk berkongsi hantaran provokasi ke atas Iran. Foto Agensi

TEL AVIV - Hantaran misteri yang dimuat naik Agensi Risikan Israel atau Mossad di platform X telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Mesej penuh teka-teki '12.102.290.590.652' itu dipaparkan menerusi akaun berbahasa Parsi agensi berkenaan.

Iklan
Iklan

Kebanyakan pengguna media sosial tersebut cuba merungkai siri nombor itu yang dikongsikan Mossad tanpa sebaran penjelasan.

Difahamkan, ia bukanlah pertama kali Mossad menggunakan laman blog mikro itu dengan cara tidak konvensional.

Iklan

Beberapa minggu lalu, agensi berkenaan berkongsi hantaran kontroversi, 'kami sudah menjangkakan hal ini, ratusan anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sudah muak dengan pemerintah Iran bertindak menghubungi kami. Pihak kami berjanji untuk berkomunikasi dengan anda, harap bersabar'.

Catatan sedemikian jelas menunjukkan pendekatan Mossad yang menggunakan alat digital bukan sekadar mengumpulkan maklumat risikan malah cuba mempengaruhi semangat pihak lawan.

Iklan

Mossad yang bekerjasama dengan tentera Israel dan industri pertahanan telah mengetuai beberapa operasi rahsia di Teheran dan aktiviti itu berjaya dikesan Iran menerusi siri tangkapan sejumlah individu yang bersekongkol dengan agensi tersebut sepanjang tempoh perang terbuka tercetus selama 12 hari bersama Tel Aviv. - Agensi